Biro Pembangunan Insan Majlis Tertinggi Mahasiswa 08/09

Kolej Sri Rajang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Harap Maaf..Penambahbaikan

Harap Maaf, laman ini sedang dikemaskini demi meningkatkan kualiti. Salam Muhibbah dari admin

oleh: admin

Ini Sahajakah Imej Malaysia?

Sumber: saifulislam

zapin.jpg

Gambar Hiasan

“Alah payunglah payung, ketipang payung. Payung sutera anak raja muda, alah tolonglah tolong, cik abang tolong. Janganlah marah pada adinda!”, merdu suara Aliya, seorang pelajar kejuruteraan elektrik mendendangkan lagu klasik Melayu di Malam Malaysia itu.

Persembahan diserikan lagi dengan iringan penari yang rancak menyusun langkah. Satu depan, dua kiri, satu depan, tiga kanan. Cantik sekali tarian mereka.

Teruja penonton melihatnya. Bakal doktor, bakal akauntan, bakal jurutera, bakal pemimpin teraju negara, semuanya berbakat menari dan berdansa.

Sekejap lagu asli, sekejap lagu balada. Sekejap selembut nasyid, sekejap sekeras Rock membatu.

Malam Malaysia di mana-mana. Seluruh dunia yang ada pelajar Malaysia, mesti ada Malam Malaysia. Alasannya adalah untuk memperkenalkan budaya, mengukuh patriotik kepada negara. Tinggi falsafah indahnya warna.

Tetapi, ini sahajakah wajah Malaysia di mata dunia? Apakah Malaysia hanya ada tarian, hanya ada seni persembahan?

Saya akur bahawa jika Malaysia mahu disebut dari bahasa budaya, tentu sahaja zapin, wayang kulit, tarian dan dansa, itu yang terlintas di kepala. Akan tetapi, saya adalah seorang yang result oriented. Saya tidak melakukan sesuatu melainkan dalam keadaan penuh sedar, dengan apa yang mahu dicapai.

Apa yang mahu dicapai dari Malam Malaysia?

Asing benarkah tarian dan dansa kepada si putih di sini sana, sehingga setiap tahun dansa itu mesti diulang? Asyik-asyik menari, asyik-asyik menyanyi…

Saya telah beberapa kali cuba bertindak secara pro aktif, memberikan cadangan kepada pelajar di kampus-kampus luar negara. Jika mahu memperkenalkan Malaysia di mata dunia, janganlah hanya pada makan pakai, tari dan suara. Di mana idea Malaysia? Di mana pemikiran Malaysia?

Apabila pelajar bertanya kepada saya tentang hal ini, saya sering memberikan pandangan, mengapa tidak diadakan bersama “wacana minda”�. Jika soal tari menari tidak boleh ditolak ansur, sekurang-kurangnya adakan juga sesuatu yang dapat memperkenalkan Malaysia dari sudut yang sesuai dengan imej universiti tempat ilmu dan pemikiran.

Mengapa tidak diadakan sesi, memanggil pakar-pakar ekonomi Malaysia, hadir memberikan pembentangan untuk memperkenalkan polisi pembangunan negara? Kalau rasa terlalu sensitif untuk menjemput figure yang dikaitkan dengan politik, kita ada ramai ahli akademik yang dapat menampilkan idea mereka di peringkat antarabangsa.

Tayangkan dokumentari tentang Malaysia yang tidak sukar untuk diperolehi dari pelbagai badan dan media. Didik masyarakat Barat tentang sesuatu yang boleh memperbaiki jati diri mereka. Bukan hanya hedonisma atas nama budaya.

BERALASANKAN KAUM CINA

Sesetengah pengalaman saya membabitkan alasan pelajar bahawa mereka mesti melibatkan tari menari kerana sejumlah besar tenaga penting persatuan adalah pelajar Malaysia berbangsa Cina. Sungguh pelik… apakah pelajar Cina bukan rakyat Malaysia, yang juga ada tanggungjawab sosial, politik, ekonomi, dan intelektual, sama seperti mana-mana bangsa Malaysia? Apakah hedonisma hanya salah pada harga diri Melayu tetapi tidak Cina? Apakah kaum Cina di Malaysia tiada agama untuk dipedulikan? Di mana rukun negara yang pertama?

Itu kalau benar, kaum Cina yang mahukan tari menari dan dansa.

Saya pernah berdialog dengan sebuah persatuan pelajar Malaysia yang kepimpinannya adalah daripada pelajar Cina. Subhanallah, mereka sangat terbuka.

“Saya harap peraturan-peraturan pelajar Muslim boleh sama-sama kita hormati”, saya memberi pandangan.

“Sudah tentu. Kaunter arak akan dilabelkan sebagai ‘not for Muslims‘ dan kami harap pelajar Muslim akan berpakat agar tidak bercampur jantina pada satu meja ketika dinner, dan tidak bercampur jantina dalam kumpulan bola tampar itu nanti. They need to be pro active“, kata Presiden persatuan pelajar Malaysia itu.

Sangat terbuka dan bertanggungjawab terhadap pluraliti agama dan budaya Malaysia.

Tetapi, pelajar Melayu Muslim sendiri yang suka bercampur bebas, terdesak untuk berjoget tanpa diminta oleh persatuan. Maka memberikan alasan bahawa mahu menghormati bangsa lain, hanyalah alasan untuk meneruskan budaya gersang minda dan lapar hedonisma pelajar Malaysia.

ISLAM SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEBUAH MALAYSIA

Saya hairan. Jika Mak Yong yang sudah pupus kerana tenggelam oleh kesedaran beragama itu, boleh diberikan nafas dan nyawa baru atas nama budaya, mengapa tidak Islam juga dipromosikan kerana ia elemen yang penting bagi sebuah Malaysia? Selain Islam, tidak salah untuk dibuka ruang agar wakil agama Kristian, Buddha dan Hindu di Malaysia, berdialog tentang kesedaran beragama di Malaysia. Mungkin boleh dibincangkan tentang bagaimana agama berperanan membina internal strenght di dalam jati diri bangsa Malaysia.

Kalau aktiviti agama, penuh prejudis, halangan dan kekangan. Tetapi tari menari, cepat sahaja bantuan diberi. Saya tidak faham di mana rasionalnya hal ini. Seorang doktor, bukan hanya menjadi doktor. Dia akan memimpin sebuah jabatan, dia akan berurusan dengan pesakit yang insan. Maka, pelajaran tarian mana yang bakal meninggalkan kesan pada kepimpinannya di masa hadapan?

Segala peruntukan dan sokongan, hanya untuk nyanyian, tarian, fesyen dan pakaian. Itu sahaja imej Malaysia yang diulang-ulang dari zaman sebelum merdeka, sampailah menjelang milenium kedua.

Kerana kemaruk hedonisma, budaya dan jati diri Malaysia disalah guna untuk melesenkan nafsu muda yang tidak habis-habis mahu berpesta.

Di manakah masa depan Malaysia yang lebih bermakna?

Soalan itu tenggelam oleh libasan lidi Mak Yong di Barat sana.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

*P/s: Diharap tampuk kepimpinan mahasiswa (MTM) tahun hadapan, membuat perubahan persepsi terhadap 'kebudayaan' di Malaysia secara amnya dan khusus 'kebudayaan' di UPMKB. Tarian, zapin, dansa, joget saban tahun diadakan. Namun, pelbagai budaya rakyat Malaysia yang memberi manfaat masih belum diteroka dan diperkenalkan untuk mahasiswa kampus ini. Buatlah apa jua persembahan asalkan mempunyai nasihat dan meningkatkan pembangunan 'insaniah' di kampus ini. Mungkinkah kerana hedonisme yang tinggi dan budaya keilmuan amat rendah di kampus ini? Renungkan..

Ranking UPM Merosot




Ranking Universiti yang dikeluarkan oleh Times Higher Education kelmarin menyaksikan
kemerosotan mendadak prestasi Universiti Putra Malaysia dari kedudukan ke-320 pada tahun 2008 kepada kedudukan ke-345 pada tahun 2009.

Penurunan yang mendadak ini telah menyebabkan UPM berada pada senarai paling bawah antara 5 universiti utama tempatan. Dalam keadaan yang sama tewas kepada UTM yang belum mendapat pengiktirafan sebagai universiti penyelidikkan.

Keputusan yang dikeluarkan itu juga menyenaraikan UM, menjadi universiti terbaik di negara ini dengan menyaksikan peningkatan dari kedudukan ke-230 pada tahun 2008 pada kedudukan ke-180 tahun 2009.

Mengulas mengenai perkara itu, Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah berkata beliau terkejut mengenai penurunan ranking universiti tersebut, walaupun pencapaian universiti tahun lalu adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Sumber: Berita

Cabaran Utama Mahasiswa IPTA

Sumber: Utusan online 30 September 2009

Oleh: Anuar Ahmad

SEORANG profesor terkenal pernah memberitahu penulis mengenai betapa ruginya mahasiswa kini kerana tidak berpeluang merasai nikmat hidup di kampus seperti zamannya dahulu.

Beliau menceritakan pengalaman hidup di kampus sekitar awal 1970-an. Mengenai aktiviti bersama rakan sekuliah, menganjurkan seminar dan projek khidmat masyarakat, berdebat dan tidak ketinggalan alam politik di kampus.

Nampaknya pengalaman luar dewan kuliah tetap kekal erat di dalam memori beliau. Kisah profesor tersebut mungkin berbeza dengan keadaan sekarang. Hari ini, mahasiswa terbeban dengan rutin akademik yang begitu rigid sehingga aktiviti di luar dewan kuliah dan yang bukan berunsur peperiksaan sudah dianggap tidak penting. Perkembangan akademik hanya berlaku sekitar syarahan, nota kuliah dan peperiksaan.

Hakikatnya cabaran mahasiswa semakin hari semakin besar. Sekurang-kurangnya terdapat tiga cabaran utama. Pertama, berjaya mengungguli prestasi akademik dengan ukuran pencapaian CGPA 3.50 ke atas.

Kedua, mempunyai tahap kemahiran komunikasi lisan dan tulisan dalam dwibahasa khususnya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Dan ketiga, mempunyai jati diri yang tinggi seperti berani mencuba, inovatif serta kecekapan membina jaringan sosial.

Cabaran pertama sememangnya sudah difahami sejak menjejakkan kaki ke menara gading. Tetapi bagaimana mereka menguruskan cabaran kedua dan ketiga sebelum melangkah keluar dengan segulung ijazah?

Setiap tahun institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) menghasilkan puluhan ribu graduan. Bilangan ini semakin bertambah dengan pelajar yang pulang membawa ijazah dari luar negara.

Dan pengangguran mahasiswa pula semakin tahun semakin bertambah. Data-data menunjukkan graduan yang menganggur mencecah 50,000 ketika ini.

Kerajaan terpaksa mengambil inisiatif menawarkan pendidikan lanjutan dengan elaun agar para graduan ini dapat membuat kemasan diri dan kelengkapan ilmu teknologi tambahan sebelum mereka benar-benar bersedia ke alam pekerjaan.

Pelbagai faktor telah dikenal pasti sebagai punca pengangguran siswazah. Antaranya, kesilapan pemilihan bidang yang tidak selari dengan jawatan yang ditawarkan. Gaji rendah dan tidak tetap, majikan menolak kerana tiada pengalaman kerja dan sebagainya. Namun yang jelas, kesemua kajian mendapati wujud persamaan dalam satu perkara iaitu ketidakupayaan graduan memenuhi "keperluan asas" yang diperlukan oleh majikan.

Ia selalunya berkaitan dengan kelemahan kemahiran sosial dan keterampilan diri. Antara tuntutan majikan ialah kebolehan berkomunikasi lisan dan tulisan, berupaya melakukan pengucapan umum yang meyakinkan, beretika sopan, mempunyai prinsip kerja terbuka, toleran dan cekap membuat keputusan yang betul dalam masa singkat.

Semua keperluan asas ini sememangnya diketahui oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta pimpinan IPT, lalu membentuk konsep kemahiran generik bagi tujuan meningkatkan pembangunan pelajar. Modul ini kemudiannya ditadbirkan kepada semua IPTA agar graduan mempunyai kemahiran generik yang tinggi dan memenuhi keperluan majikan. Semua ini telah diatur dengan begitu baik dan teliti serta dilaksanakan secara konsisten oleh semua IPTA.

Malangnya masih ada cabaran yang perlu dilalui untuk menjayakan pembangunan pelajar ini. Kajian-kajian terbaru berkaitan perkembangan kemahiran generik mendapati kebanyakan pelajar tidak mengambil peluang memperlengkapkan diri dengan kemahiran generik seperti perhatian yang mereka berikan kepada pencapaian akademik.

Biasanya apabila kajian pengesanan graduan dilakukan ke atas pelajar yang telah tamat dan sedang mencari pekerjaan, rata-rata mereka menyatakan kekesalan kerana tidak mengambil peluang meningkatkan perkembangan diri melalui program-program perkembangan generik yang disediakan.

Jika dahulu di awal tahun 1970-an, pendidikan universiti mempunyai tiga matlamat iaitu menimba ilmu untuk menjadi insan yang berhemah dan berketerampilan. Kemudian menjadi warga yang baik dan terakhir, menjadi pekerja berkualiti.

Hari ini, seseorang mahasiswa perlu menggabungkan ketiga-tiga matlamat itu sebagai satu pakej. Mereka harus mencapai kecemerlangan akademik dan pada masa yang sama melatih diri untuk berketerampilan, beretika, matang serta bersahsiah tinggi.

Penelitian penulis terhadap perancangan ko-kurikulum yang dibangunkan di semua IPTA menunjukkan komponen pembangunan moral dan tanggungjawab sosial masih sangat kurang disampaikan kepada pelajar.

Walaupun dicatatkan sebagai rujukan dalam dokumen kurikulum, realitinya pelaksanaan masih gagal disempurnakan.

Tiga komponen utama yang dipertanggungjawabkan membina perkembangan pelajar di universiti ialah fakulti atau sekolah pengajian, kolej kediaman dan kegiatan berpersatuan melalui Jabatan Hal Ehwal pelajar.

Di fakulti, urusan akademik menjadi fokus utama di kalangan tenaga akademik dan pelajarnya. Rata-rata pensyarah akan memastikan semua kandungan sukatan pembelajaran ditamatkan dalam semester pengajian berkenaan. Ini bagi memenuhi kepatuhan audit kualiti akademik di hampir semua IPT.

Kolej kediaman adalah tempat di mana pelajar tinggal. Maka kemudahan penginapan, keselesaan bilik, kafeteria dan kemudahan riadah menjadi tumpuan utama.

Walaupun sudah ada perancangan untuk memberikan imej baru kepada konsep akademik di kolej kediaman tetapi peranan baru kolej kediaman ialah membina kesedaran bahawa dunia akademik tidak seharusnya berhenti di dewan kuliah sahaja.

Kolej kediaman berperanan membina budaya akademik melalui aktiviti luar kuliah supaya pelajar sedar bahawa cara mereka berfikir, bercakap, membuat keputusan, bergaul dan berhujah seharusnya dilingkungi oleh alam akademik dalam satu sistem ekosistem ilmu menyeluruh. Hanya dengan cara ini maka graduan IPT bukan sahaja keluar dengan sekeping ijazah tetapi memenuhi pakej yang diperlukan.

Sementara di bahagian Hal Ehwal Pelajar, pelbagai program perkembangan pelajar dirancang untuk melengkapkan mereka dalam menghadapi dunia selepas pengajian di universiti. Kejayaan membangunkan intelektualisme pelajar sangat tergantung kepada kejayaan pihak pengurusan HEP merangka dan melaksanakan semua program perkembangan pelajar secara konsisten, berkualiti serta memenuhi keperluan semasa di kampus.

Belajar di IPT tidak lengkap jika pelajar tidak melibatkan diri dengan kegiatan berorganisasi serta berpersatuan. Malah sebahagian kemahiran insaniah yang tidak diperoleh di dalam dewan kuliah akan diperoleh melalui kegiatan berpersatuan.

Kata Albert Einstein, pendidikan sebenar ialah ilmu yang masih tertinggal apabila seseorang telah melupakan semua apa yang dilalui semasa di 'sekolah' dahulu. Oleh itu, apa pun yang dipelajari semasa melaksanakan aktiviti berpersatuan sebenarnya adalah sebahagian pendidikan untuk membina modal insan para mahasiswa.

Imej dan identiti mahasiswa sekarang sudah berubah. Oleh kerana program akademik yang semakin padat, pembelajaran di universiti kini lebih cenderung belajar berasaskan modul. Pelajar kurang inisiatif mencari input tambahan dan sangat bergantung pada apa yang disediakan oleh pensyarah sebagai bacaan asas atau teks utama.

Pelajar juga lebih suka menunggu arahan pensyarah dan gemar dipimpin berbanding memimpin.

Selain itu imej ulat Internet, taksub dan gila komputer, khayal dengan hiburan dan meminati bahan dan media bacaan ringan. Etika berpakaian juga semakin lemah, alasannya lebih ringkas adalah lebih praktikal.

Sekurang-kurangnya empat perkara di bawah harus dilaksanakan dengan segera.

Pertama, kerangka aktiviti kemahasiswaan era ini harus mengambil kira keperluan majikan dan industri serta keperluan nilai masyarakat. Kedua, pihak universiti perlu melaksanakan latihan untuk meningkatkan kemahiran tadbir urus kemahasiswaan di kalangan pegawai JHEP.

Mereka ini bertanggungjawab membantu pelajar melaksanakan program berkualiti. Kebanyakan pegawai JHEP belajar melalui pengalaman semata-mata dalam memahami pengurusan mahasiswa.

Ketiganya, menjadikan aktiviti pelajar sebagai aktiviti wajib. Keempat, menyediakan peruntukan kewangan untuk melaksanakan aktiviti pelajar sama ada melalui peruntukan kerajaan, tajaan industri, korporat ataupun alumni IPT.

Adalah tidak benar bahawa AUKU adalah sebab utama yang membawa kepada imej kelesuan mahasiswa seperti disuarakan oleh sesetengah pihak di luar kampus. Mahasiswa perlu berfikir dan mula merancang aktiviti lebih mencabar sesuai dengan harapan masyarakat terhadap mereka sebagai modal insan utama pembangunan negara.

Pihak KPT dan IPT pula perlu lebih bersikap terbuka untuk menerima idea-idea baru daripada para mahasiswa walaupun idea-idea tersebut mungkin berada di luar kotak pemikiran kita.

PENULIS ialah Timbalan Pengarah Akademik Kolej, Pusat Perkembangan Pelajar, UKM

Ralat dan Pembetulan: Tentatif Sambutan Aidilfitri Peringkat Kolej Sri Rajang

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI KEPADA
SELURUH WARGA KOLEJ SRI RAJANG
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK


Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang dengan kerjasama Kolej Sri Rajang dan Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak menganjurkan pelbagai aktiviti bersempena sambutan Aidilfitri di kampus tercinta ini:

[Fokus | highlight]

i.
Solat sunat Aidilfitri
ii. Perarakan gema takbir Aidilfitri di sekitar kolej
iii.
Gotong-royong memasak
iv. Jamuan Aidilfitri
v. Ziarah di Kg. Jepak dan Kg. Assyakirin
vi. Majlis Malam Sambutan Aidilfitri
vii.Majlis Wacana Diskusi (panel terdiri daripada mahasiswa)

TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT KOLEJ SRI RAJANG

Tarikh : 19 September 2009 (Sabtu)- 30 Ramadhan 1430H
Tempat: Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak


4.00 petang : Gotong-royong menyediakan bahan memasak
6.45 petang : Berbuka puasa, solat Fardhu maghrib dan alunan takbir raya
7.45 malam : Solat Isyak berjamaah
: Perarakan gema takbir Aidilfitri di sekitar kolej
9.00 malam : Gotong-royong memasak di Pusat Islam

Tarikh : 20 September 2009 (Ahad)- 1 Syawal 1430H
Tempat : Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak


7.00 pagi : Ketibaan para tetamu dan alunan takbir raya bermula
8.00 pagi : Solat Sunat Aidilfitri
9.00 pagi : Jamuan Aidilfitri
10.30 pagi : Bersurai
11.00 pagi : Bertolak ke rumah-rumah jemputan
12.30 tghari : Solat Fardhu Zohor di Masjid Assyakirin
1.00 petang : Bertolak pulang ke UPM
7.45 malam : Solat Isyak berjamaah di Pusat Islam
8.15 malam : Jamuan makan malam
8.45 malam : Bersurai

Tarikh : 21 September 2009 (Isnin)- 2 Syawal 1430H
Tempat : Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak
, Surau Kg. Assyakirin, Sekitar Kg. Assyakirin

10.00 pagi : Bertolak ke Kg. Assyakirin dan Ziarah
12.30 tghri : Solat Fardhu Zohor di Surau Kg. Assyakirin
1.00 tghri : Ziarah di Kg. Assyakirin (sambungan)
4.00 petang : Solat Fardhu Asar di Kg. Assyakirin
5.00 petang : Bertolak pulang ke UPM

7.45 malam : Solat Isyak secara berjamaah
8.00 malam : Majlis Malam Sambutan Aidilfitri
10.15 malam : Bersurai


Tarikh : 22 September 2009 (Selasa)- 3 Syawal 1430H
Tempat : Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak
, Masjid Kg. Jepak , Sekitar Kg. Jepak

10.00 pagi : Bertolak ke Kg. Jepak dan Ziarah
12.30 tghri : Solat Fardhu Zohor di Masjid Kg. Jepak
1.00 tghri : Ziarah di Kg. Jepak (sambungan)
4.00 petang : Solat Fardhu Asar di Masjid Kg. Jepak
5.00 petang : Bertolak pulang ke UPM

7.45 malam : Solat Isyak secara berjamaah
8.00 malam : Jamuan makan malam
8.30 malam : Bersurai

Tarikh : 26 September 2009 (Ahad)- 8 Syawal 1430H
Tempat : Kantin Kolej Kediaman 1 (KK1), Kolej Sri Rajang


8.30 malam : Majlis Wacana Diskusi

Tajuk- Akan ditentukan kemudian. Nantikan.


*Seluruh warga kampus dijemput memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri Peringkat Kolej Sri Rajang, UPM Kampus Bintulu Sarawak ini.

_________________________________________________________



Di Kesempatan ini, Biro Pembangunan Insan MTM Kolej Sri Rajang Mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada Seluruh Warga Kolej Sri Rajang beragama Islam. Segala kesalahan dan kekurangan harap dimaafkan. Moga-moga Ramadhan yang berlalu pergi membawa kepada perubahan diri kepada lebih baik.

" Moga Allah menerima segala amalan kita"

Sambutan Aidilfitri 1430H Peringkat Kolej Sri Rajang

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI KEPADA
SELURUH WARGA KOLEJ SRI RAJANG
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK


Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang dengan kerjasama Kolej Sri Rajang dan Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak menganjurkan pelbagai aktiviti bersempena sambutan Aidilfitri di kampus tercinta ini:

[Fokus | highlight]

i.
Solat sunat Aidilfitri
ii. Perarakan gema takbir Aidilfitri di sekitar kolej
iii.
Gotong-royong memasak
iv. Jamuan Aidilfitri
v. Ziarah di Kg. Jepak dan Kg. Assyakirin
vi. Majlis Malam Sambutan Aidilfitri
vii.Majlis Wacana Diskusi (panel terdiri daripada mahasiswa)

TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT KOLEJ SRI RAJANG

Tarikh : 19 September 2009 (Sabtu)- 30 Ramadhan 1430H
Tempat: Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak


4.00 petang : Gotong-royong menyediakan bahan memasak
6.45 petang : Berbuka puasa, solat Fardhu maghrib dan alunan takbir raya
7.45 malam : Solat Isyak berjamaah
: Perarakan gema takbir Aidilfitri di sekitar kolej
9.00 malam : Gotong-royong memasak di Pusat Islam

Tarikh : 20 September 2009 (Ahad)- 1 Syawal 1430H
Tempat : Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak


7.00 pagi : Ketibaan para tetamu dan alunan takbir raya bermula
8.00 pagi : Solat Sunat Aidilfitri
9.00 pagi : Jamuan Aidilfitri
10.30 pagi : Bersurai
11.00 pagi : Bertolak ke rumah-rumah jemputan
12.30 tghari : Solat Fardhu Zohor di Masjid Assyakirin
1.00 petang : Bertolak pulang ke UPM
7.45 malam : Solat Isyak berjamaah di Pusat Islam
8.15 malam : Jamuan makan malam
8.45 malam : Bersurai

Tarikh : 21 September 2009 (Isnin)- 2 Syawal 1430H
Tempat : Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak
, Masjid Kg. Jepak , Sekitar Kg. Jepak

10.00 pagi : Bertolak ke Kg. Jepak dan Ziarah
12.30 tghri : Solat Fardhu Zohor di Masjid Kg. Jepak
1.00 tghri : Ziarah di Kg. Jepak (sambungan)
4.00 petang : Solat Fardhu Asar di Masjid Kg. Jepak
5.00 petang : Bertolak pulang ke UPM
7.45 malam : Solat Isyak secara berjamaah
8.00 malam : Majlis Malam Sambutan Aidilfitri
10.15 malam : Bersurai

Tarikh : 22 September 2009 (Selasa)- 3 Syawal 1430H
Tempat : Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak
, Surau Kg. Assyakirin, Sekitar Kg. Assyakirin

10.00 pagi : Bertolak ke Kg. Assyakirin dan Ziarah
12.30 tghri : Solat Fardhu Zohor di Surau Kg. Assyakirin
1.00 tghri : Ziarah di Kg. Assyakirin (sambungan)
4.00 petang : Solat Fardhu Asar di Kg. Assyakirin
5.00 petang : Bertolak pulang ke UPM
7.45 malam : Solat Isyak secara berjamaah
8.00 malam : Jamuan makan malam
8.30 malam : Bersurai

Tarikh : 27 September 2009 (Ahad)- 8 Syawal 1430H
Tempat : Kantin Kolej Kediaman 1 (KK1), Kolej Sri Rajang


8.30 malam : Majlis Wacana Diskusi

Tajuk- Akan ditentukan kemudian. Nantikan.


*Seluruh warga kampus dijemput memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri Peringkat Kolej Sri Rajang, UPM Kampus Bintulu Sarawak ini.

_________________________________________________________



Di Kesempatan ini, Biro Pembangunan Insan MTM Kolej Sri Rajang Mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada Seluruh Warga Kolej Sri Rajang beragama Islam. Segala kesalahan dan kekurangan harap dimaafkan. Moga-moga Ramadhan yang berlalu pergi membawa kepada perubahan diri kepada lebih baik.

" Moga Allah menerima segala amalan kita"

Kempen Doa dan Tawakal: Elemen yang Diabaikan

Setiap kali sambutan Aidilfitri hampir tiba maka berlakulah beberapa perkara bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Limpahan juadah Ramadhan dan persiapan perayaan, Kemalangan jalan raya setiap hari yang meningkat, saman OPS SIKAP bertambah, Road block di sana sini, Kebakaran rumah dan kecederaan akibat bermain mercun sering kedengaran dan bil air, elektrik, telefon juga mampu membuatkan tuan rumah tergaru kepala insaf.

Di sini, bukanlah saya mahu fokuskan tentang suasana yang mampu memeriahkan aidilfitri tetapi lebih menyentuh mengenai hal yang menjadikan suasana suram di musim aidilfitri iaitu masalah kemalangan jalan raya yang masih belum usai. Saban tahun, jumlah jualan kereta meningkat lalu jalan raya turut menjadi sesak terutamanya apabila musim perayaan berlangsung. Tidak salah ramai berkereta namun masing-masing perlu bertoleransi apabila berada di jalan raya.

Menyedihkan apabila mendengar kisah ahli keluarga yang terkorban dan cacat anggota akibat kemalangan jalan raya bahkan terdapat juga individu yang hampir kehilangan seluruh adik beradik dan ibu bapa. Oleh itu, kita perlu buat sesuatu bagi mengurangkan statistik kemalangan jalan raya musim perayaan.

ELEMEN KEROHANIAN DALAM BERKEMPEN

Seringkali muncul di corong radio, kaca tv, dada akhbar, skrin telefon bimbit, papan iklan yang memperingatkan tentang keselamatan ketika berada di jalan raya. Semua itu adalah kempen. Berhenti memandu jika mengantuk, memakai tali pinggang keledar, memakai baju pemantul cahaya, berjaga-jaga semasa di lampu isyarat dan banyak lagi kempen-kempen di buat bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya.

Kempen-kempen tersebut adalah wajar.

Namun, berdasarkan pemerhatian kasar saya, amat jarang sekali kempen anjuran pihak kerajaan dan jabatan-jabatan berkaitan yang mengambil kira elemen kerohanian sebagai salah satu cara terbaik mengatasi kemalangan jalan raya. Mereka lebih mempromosikan tentang bagaimana mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Menempatkan polis di merata-rata jalan beserta operasi-operasi yang menambah kesesakan jalan raya tidak banyak membantu kerana sikap adalah suatu yang sukar diubah lantas melahirkan pengguna jalan raya yang hipokrit dan menipu diri sendiri. Mungkin dari sudut pendapatan negara, cara tersebut diguna pakai namun kesannya terhadap masyarakat amat membebankan sekiranya disaman walaupun sesetengah kesalahan itu tidak disedari tambahan pula musim perayaan yang belanjanya besar.

Berkempen merupakan suatu tindakan yang positif namun apabila elemen kerohanian diabaikan mampu mengundang perasaan manusia yang ujub, riyak dan takabbur dengan kebolehan memandu dan menunggang di jalan raya. Seharusnya kita insaf bahawa bukannya 100% kita yang mengawal kenderaan tersebut sebaliknya Allah yang maha berkuasa juga telah menetapkan takdir sama ada kita selamat atau tidak dalam perjalanan tersebut. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukannya. Kita juga hanya mampu berdoa.



Walaupun berdoa masih belum cukup lagi syarat untuk kita selamat. Kita perlu bertawakal setelah berdoa. Berserah kepadaNya sambil memohon agar selamat tiba ke destinasi. Mudah-mudahan InsyaAllah juga dengan keberkatan doa yang diamalkan, Allah S.W.T. mempermudah urusan perjalanan kita.


{ } Doa yang lebih ringkas

KEMPEN DI PERINGKAT NASIONAL: DOA DAN TAWAKAL

Oleh itu, besar harapan saya supaya kempen peringkat Nasional turut menerapkan hal-hal berkaitan kerohanian untuk memberi kesedaran menjaga keselamatan di jalan raya. Berdoa dan bertawakal ketika berada di jalan raya adalah hal yang dimestikan kerana ia juga berkait dengan akidah kita. Bukan kita yang menentukan kenderaan tersebut selamat sampai, namun Allah yang menjadi penentu keselamatan hamba-hambaNya. Buat mereka bukan Islam, kempen seumpama ini tidak menjadi masalah untuk mereka bahkan siapa tahu mungkin mereka menyambut baik kerana mereka juga beragama mengikut kepercayaan masing-masing. Sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa tuhan menjaga manusia itu sendiri.

Paling penting adalah keberkatan dari doa yang dipanjatkan oleh kita. Seandainya berlaku insiden yang tidak diingini walaupun setelah berdoa dan bertawakal, redhalah dan muhasabah atas malang yang terjadi. Pasti ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan.

Mudah-mudahan juga kadar kematian dan kemalangan jalanraya di negara Malaysia terutamanya umat Islam dapat dikurangkan dengan berkempen secara menerapkan hal berkaitan kerohanian ke dalam diri setiap pengguna jalan raya. Tidak rugi jika kita berdoa dan beruntunglah mereka yang berdoa sebelum memulakan perjalanan.

Saya amat yakin dan percaya dengan kekuasaan Allah. Hanya Allah yang menyelamatkan hamba-hambaNya.

Wallahua'lam

Hafizul Hazman bin Ngaa
Pengerusi
Biro Pembangunan Insan (siswa)
MTM KSR