Kolej Sri Rajang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Salam Muhibbah


Bersyukur kepada Allah atas limpah kurnia rahmatnya memberi kekuatan kepada Biro Pembangunan Insan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang mengorak langkah ke hadapan mewujudkan sebuah laman yang berorientasikan pembangunan insaniah. Sebagai makluman semua, laman blog ini diwujudkan atas kesedaran bahawa hubungan komunikasi melalui multimedia pada masa kini semakin penting. Adakalanya masalah perlu dikongsi, pertanyaan perlu dijawab, perasaan perlu diluahkan dan apa yang lebih utama, kita inginkan sesuatu yang mampu melegakan persoalan dalam minda kita.

Laman ini bukanlah sebagai laman bersifat "anda tanya, kami jawab" atau "persoalan anda kami ada jawapannya" tetapi laman ini berbentuk diskusi tentang apa sahaja berkaitan moral, nila-nilai murni, isu semasa, dakwah, dan sebarang aduan disiplin yang berlaku di Kolej Sri Rajang. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas sebarang sabotaj atau penggunaan perkataan, istilah yang kurang baik dalam laman ini. Fahamilah peranannya sebaik mungkin dan pihak admin mencuba yang terbaik dalam mengendalikan laman ini. Akhir kata, harapan kami adalah sama-sama mendapat kebaikan serta petunjuk dariNya. Anda adalah inspirasi kami. Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment

<