Kolej Sri Rajang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

ALASAN KITA DAN ALASAN TUHAN

Coupling and Bonceng

Alasan kita:
Apa salahnya aku coupling, kan fitrah manusia lelaki lebih cenderung kepada perempuan. Tak apa, aku couple je dengan dia, bukannya aku berzina. Sekali sekala aku bonceng bawa jalan-jalan kan OK. Nak harapkan dia jalan sendiri, bawak motor pun tak pandai. Lesen pun tak ada. Nanti dia jugak akan jadi bini aku.

Alasan tuhan melarang:
Allah melarang kamu bercoupling dan bonceng supaya mengelakkan kamu daripada terjebak dengan maksiat yang lebih besar iaitu zina. Apabila kamu terjebak dengan zina, maka kamu telah melakukan dosa besar yang membawa kamu ke NERAKA. Ingatlah kamu adalah hamba Allah dan mohonlah hidayah daripadaNya. Kalau rasa tak tahan juga, nikahilah dia cepat-cepat. Itu lebih baik buat kamu. "Janganlah kamu menghampiri zina"

Tangguh-tangguh Solat Fardhu

Alasan kita:
Tak mengapa solat lewat sikit, kan masih dalam waktu. Yang penting aku solat, lainlah kalau aku tak solat. Barulah boleh kau komen panjang. Kalau terlepas pun kena qado la jawabnya.

Alasan tuhan melarang:
Larangan menangguh-nangguh solat supaya kamu sempat menunaikannya sebelum kamu mati. Andainya kamu mati dalam keadaan belum solat fardhu, bukankah itu mati dalam keadaan tidak baik dan dalam keadaan Allah tidak redho. "Beribadatlah kamu seolah-olah kamu mati pada esok hari dan bekerjalah seolah-olah kamu mati seribu tahun lagi"

Tidak Menutup Aurat dengan Sempurnaa

Alasan kita:
Panaslah aku pakai tudung, macam mana la diorang tu boleh bertudung labuh sedangkan panas terik sekarang ini. Aku dah berpeluh-peluh ni. Nasib baik la baju aku ni agak ketat dan jarang sikit kuranglah rasa panas bila angin bertiup, kan sejuk. Eh, nak tau..kalau nak kurangkan lagi rasa panas, tudung kita disilangkan supaya dapat rasa angin yang lebih nyaman. Lagipun, kan kita sekarang di zaman moden kenalah ikut trend semasa.

Alasan tuhan melarang:
Astaghfirullahal 'azim.. Ingatlah perintah memakai hijab dan menutup aurat adalah dari tuhanMu agar kamu berasa damai dengan berpakaian sempurna. Lelaki tidak ganggu kamu, terlindung dari pandangan membawa fitnah, dan itulah kemuliaan seorang wanita yang menjaga auratnya dengan sempurna. Kalau alasan kamu tidak menutup aurat dengan sempurna kerana kepanasan hingga berpeluh-peluh, ingatlah azab Allah amatlah pedih di akhirat sana.

Meringankan Solat Berjemaah

Alasan kita:
Malaslah nak ke surau, jauhlah. Lagipun lepas ni aku nak terus pergi makan. Lepas makan, ada discussion group pula, Kuliah agama? Nanti-nantilah, buku kat bilik tu kan banyak.

Alasan tuhan memberatkan solat berjemaah:
"Siapa yang mendengar azan (muazzin), lalu tidak mengabulkannya, maka tidak sempurna sembahyangnya, kecuali bagi orang yang uzur"-Hadis
Uzurkah kita?

"Aku ingin menyuruh mengerjakan sembahyang, kemudian aku mendatangi orang-orang yang tidak datang bersembahyang jamaah, lalu aku bakar rumah-rumah mereka"- Hadis
Begitulah perasaan Rasulullah terhadap orang yang meninggalkan solat berjamaah setelah mendengar seruannya (azan). Hadis ini menunjukkan betapa besarnya kesalahan meninggalkan sembahyang berjamaah bagi yang tidak berhalangan. Sekiranya meninggalkan solat berjamaah bukan kesalahan berat, tentu Rasulullah tidak sampai mengancam dengan ancaman seberat itu.
.....................................................................................

Betapa banyak alasan dalam kehidupan kita, inilah antaranya. Apakah wajar kita mempersoalkan apa jua suruhan pencipta kita iaitu ALLAH s.w.t. Sekiranya di dunia ini berbagai-bagai alasan kita boleh sebutkan atau sebagai penyebab untuk kita melakukan larangannya, ingatlah bahawa tiada alasan yang mampu kita lafazkan untuk kita menang di "mahkamah" akhirat dan larikan diri dari azab siksanya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat

0 comments:

Post a Comment

<